Friday 1 June 2012

istikharah CINTA

istikharah CINTA :-






"hamba itu lebih hampir kpd tuhannya, apabila dia sujud...pada saat hati mula pasrah, segalanya terjawab melalui istikharah.....istikharah hati mendebungkan cinta & menemukan jawapan.....jawapan yg pasti, dlm memburu cinta ilahi."


"ya Allah, aku memohon cinta-mu dan cinta org yg mencintai-mu.aku juga memohon cinta yg mendekatkanku kpd cinta-mu.
"ya Allah, jadikan aku reda sepenuh hati kpd cintaku kpd-mu, engkau yg menguasai segala usahaku.
"ya Allah, jadikan segenap kecintaanku sebagai kekuatan bagi mendapat keredaan-mu. ya Allah , tenangkan hatiku atas setiap kecintaan yg buruk yg engaku singkirkan dpd-ku.
"ya Allah, dengan permohonan hamba-mu wahai yg maha mendengar.Amin."


JODOH dan PERTEMUAN semuanya dari Allah.. Adakalanya, kita diberi PETUNJUK melalui mimpi.. Mimpi adalah mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan solat Istikharah dan memohon dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH supaya Allah memberikan petunjuk, insyaAllah dengan izinNya kita mendapat mimpi petunjuk.. Kadangkala petunjuk dalam bentuk RASA HATI.. Jika dia pilihanmu, buatlah KEPUTUSAN sebaiknya.. Jika tidak, TOLAKLAH dia dengan BAIK..


Seandainya dirimu TIDAK MEMILIKI sesuatu yang kamu cintai, maka cintailah sesuatu yang kamu miliki..
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta..
Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang mmberi PANDUAN untuk 
bercinta..♥♥♥




CINTA itu di hati, CINTA adlh fitrah hati, lahir tnpa diminta dan dipaksa, apakah CINTA itu suci atau sebaliknya?


CINTAilah yg di hati, itu CINTA hakiki dan murni, jgn CINTA hnya nafsu, itu CINTA palsu yg melulu, betapa bahagia CINTAkan Tuhan, bagai bunga yg mewangi kehidupan.

Tiada waktu dan jarak memisah, kembara rasa tidak bernokhtah.. Betapa derita korban perCINTAan, bila nafsu menjadi taruhan, jiwa gelisah bila terpisah, asyik bertemu jemu bertamu..

CINTAIlah sesiapa saja, asal wadahnya CINTA ALLAH.. Hati tidak resah, jiwa tidak gelisah, jauh terhubung RINDU, dekat terikat PADU..







insyaallah.....allah tidak akn sia-siakan umatnya, jika umatnye tidak lupa melakukan kn kewajipan nye lalu brdoa.... itu janji allah!


(buku ni lah saya bayak belajar tentang istikharah CINTA)

“Ya Allah, aku memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuan-Mu dan memohon penetapan dengan kekuasaan-Mu, juga aku memohon kurnia-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, sekiranya dalam ilmu-Mu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan berkat kepada aku melaluinya. Sebaliknya, apabila dalam ilmu-Mu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, lalu jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua. Kemudian, puaskan hatiku dengan takdir-Mu itu.”

Dirimu sgt istimewa

assalammualikum....
ai semua kali ni sy nk cerita tentang keistimewaan seorg kaum yg brnama HAWA......






WANITA itu sgt istimewa...


wahai gadis di luar sne dengar lah...


+ Beritahu pada perempuan itu dirinya ibarat kaca.. di sentuh terguris, di hantuk serpih, di hempap berkecai..

+ Beritahu pada perempuan itu jaga tingkah laku.. jaga pakaian.. harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut      telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan di hukum selamanya, keturunan dicerca payah.. di mana & dalam keadaan macam mana pun, biar org kenal Dia orang ISLAM..

+ Beritahu pada perempuan itu simpan secebis malu mu kerana malu itu, sebahagian daripada iman..





kecantikan seorang WANITA boleh mengoyaah iman seorang jejaka, tetapi keanggunan akhlaq seorang wanita solehah mampu mengundang jelingan mata si bidadari syurga.

(SubhanAllah. Beruntunglah wanita yang masih kekal menjaga fitrahnya sehingga membuat bidadari yang cantik jelita cemburu padanya. Jika kita renung kembali mengenali keperibadian ummul mukminin Syaidatina Khadijah, Syaidatina ‘Aisyah, Syaidatina Fatimah dan ramai lagi wanita Solehah di dunia yang akhirnya menjadi pemimpin para bidadari di syurga. MasyaAllah. Wahai akhawat yang dihormati, percayalah bahawa wanita cantik itu tidak semestinya solehah, tetapi wanita musleemah al-mukmeenah as-solehah itu akan terlihat indah dan cantik di pandangan mata Allah dan Rasul-Nya.) 



Mulianya Wanita Dalam Islam :


Bila dia seorang ANAK dia membuka pintu syurga buat |AYAHNYA|
Bila dia seorang ISTERI dia melengkapkan iman |SUAMINYA|
Bila dia seorang IBU syurga itu terletak di bawah |TELAPAK KAKINYA|


UNTUNGNYA JADI wanita,

1. Wanita yang manis selalu menjadi pujaan si lelaki.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 
70 orang wali.

3. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah
dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad


4. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami
yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang
Allah dengan penuh rahmat

5. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke
jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan
masuk syurga 500 tahun lebih
awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat.

6. ….dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,
dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang
dibuat daripada yakut

7. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami,
Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka

8. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari

9. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat
dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji

10. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati syahid

11. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat

12. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat
pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila
disuruh akan mendapat pahala tola perak

13. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya
akan memasuki syurga

14. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah
di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita
yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia
ini dengan istiqamah







Perempuan masa kecil ibu bapa jaga. Besar berkahwin suami jaga. Punya Allah syg pada perempuan hingga Allah tak bagi mereka bersendirian


subahanallah!.......


 bersyukurlah wahai seorang GADIS, WANITA, PEREMPUAN, HAWA!....kite insan yg sgt unik!